Wednesday, 22 July 2015

Maksud Internet dan Perkhidmatan Internet

Assalamualaikum...saya nak share maksud internet dan perkhidmatan internet..kalau nak, copy paste jer..hihi

~~SeMoGa BerManFaaT~~



MAKSUD INTERNET

Internet adalah jaringan komputer yang saling berhubung secara global yang memungkinkan

pengguna internet saling bertukar maklumat atau data melalui jaringan tersebut. Internet

adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware

dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya. Perkataan Internet

berasal dari gabungan perkataan internetwork.

 Internet  merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian

komputer di antara satu sama lain.

 Internet merupakan gabungan rangkaian kecil yang membentuk sebuah rangkaian yang

sangat besar dengan menggunakan protokol yang sama.

PERKHIDMATAN INTERNET


Antara perkhidmatan internet:-
· Perkhidmatan Capaian Maklumat (FTP)
· Perkhidmatan Carian Maklumat (Jaringan Sejagat)
· Perkhidmatan Komunikasi (E-mel)

Protokol Pindah Fail (FTP)
FTP atau File Transfer Protocol adalah satu kaedah pemindahan fail sama ada dari komputer server atau sebaliknya, untuk dipaparkan di Internet. Ia menggunakan protokol pindah fail yang mana protokol ini berfungsi menghubungkan antara dua komputer secara langsung.

Jaringan Sejagat (WWW)
Jaringan Sejagat disingkatkan sebagai WWW atau juga dikenali sebagai web, ialah sebuah sistem jaringan dokumen hiperteks yang boleh dicapai melalui Internet. Seseorang perlu menggunakan pelayar web untuk meluncuri Jaringan Sejagat. Dokumen dalam Jaringan Sejagat dikenali sebagai laman web, dan dikumpulkan dalam satu kawasan yang dikenali sebagai tapak web. Sesebuah laman web boleh mengandungi teks, imej, video, dan pautan kepada laman lain.

 E-mel

Mel elektronik atau e-mel ialah satu  kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah e-mel membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah dan juga sistem-sistem, serta sistem-sistem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri.