~~SeMoGa BerManFaaT~~
MAKSUD INTERNET
Internet adalah jaringan komputer
yang saling berhubung secara global yang memungkinkan
pengguna internet saling bertukar maklumat
atau data melalui jaringan tersebut. Internet
adalah sistem komunikasi data berskala
global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware
dan software yang menghubungkan komputer yang
berada di jaringannya. Perkataan Internet
berasal dari gabungan perkataan internetwork.
Internet merujuk kepada
rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian
komputer di antara satu sama lain.
Internet
merupakan gabungan rangkaian kecil yang membentuk sebuah rangkaian yang
sangat besar dengan menggunakan protokol yang sama.
PERKHIDMATAN INTERNET
Antara
perkhidmatan internet:-
·
Perkhidmatan
Capaian Maklumat (FTP)
·
Perkhidmatan
Carian Maklumat (Jaringan Sejagat)
·
Perkhidmatan
Komunikasi (E-mel)
Protokol Pindah Fail (FTP)
FTP atau
File Transfer Protocol adalah satu kaedah pemindahan fail sama
ada dari komputer server atau sebaliknya, untuk dipaparkan di Internet. Ia menggunakan
protokol pindah fail yang mana protokol ini berfungsi
menghubungkan antara dua komputer secara langsung.
Jaringan Sejagat (WWW)
Jaringan Sejagat disingkatkan
sebagai WWW atau juga dikenali sebagai web, ialah sebuah
sistem jaringan dokumen hiperteks yang boleh dicapai melalui Internet.
Seseorang perlu menggunakan pelayar web untuk meluncuri Jaringan Sejagat.
Dokumen dalam Jaringan Sejagat dikenali sebagai laman web, dan dikumpulkan dalam satu kawasan yang
dikenali sebagai tapak web.
Sesebuah laman web boleh mengandungi teks, imej, video, dan pautan kepada laman
lain.
E-mel
Mel
elektronik atau e-mel ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan
menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah e-mel membawa
maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah dan juga
sistem-sistem, serta sistem-sistem intranet yang membolehkan para pengguna
dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment