Monday, 7 September 2015

Sifat Asid, Alkali dan Neutral

Assalamualaikum...dah lama tak post apa2 kan? Harini baru nak post..haha

SIFAT ASID, ALKALI DAN NEUTRAL

Setiap bahan makanan dan bahan kegunaan harian mempunyai kandungan kimianya yang berbeza. Sifat kimia pada bahan ini menentukan sama ada sesuatu bahan bersifat asid, alkali atau neutral.
Kertas litmus digunakan untuk menguji sifat asid, alkali dan neutral.

Asid 
- Biasanya rasa masam apabila dirasa dengan lidah .

Cara-cara nak tahu bahan itu mempunyai sifat asid.
I. Kertas litmus biru bertukar menjadi warna merah.
II. Kertas litmus merah tidak bertukar warna.

ALKALI
-Biasanya rasa pahit apabila dirasa dengan lidah.

 Cara-cara nak tahu bahan itu mempunyai sifat alkali.
I. Kertas litmus merah bertukar menjadi warna biru.
II. Kertas litmus biru tidak bertukar warna

Neutral
- Biasanya rasa yang banyak iaitu tawar, manis dan masin.

Cara-cara nak tahu bahan itu mempunyai sifat neutral
I. Kertas litmus biru dan merah tidak bertukar warna

CARA NAK INGAT DENGAN MUDAH SIFAT KIMIA BAHAN.
CUBA INGAT:
                      
              SAMBAL

MB mewakili hasil kajian kertas litmus. Sama ada kertas litmus biru bertukar menjadi merah atau kertas litmus merah bertukar menjadi biru. 

Sekiranya kertas litmus biru bertukar merah. Ia berbentuk seperti ini. 
 
              SAMBAL
Kajian menunjukkan kertas litmus biru menjadi merah ialah memiliki sifat asid.
Bagaimana saya tahu ia memiliki sifat asid? Jawapannya..

              DISAMBAL
Disa bermaksud asid kerana hurufnya terbalik.

Sekiranya kertas litmus merah bertukar biru. Ia berbentuk seperti ini.

              SAMBAL

Kajian menunjukkan kertas litmus merah menjadi biru ialah memiliki sifat alkali.
Bagaimana saya tahu ia memiliki sifat alkali? Jawapannya..

              SAMBALKALI
Sifat neutral tidak susah kerana ia tidak menukarkan warna kertas litmus biru atau merah. 

~~SEKIAN~~

 



 
 
 

No comments:

Post a Comment